link warna

on9 people

Welcome To The Phone World. Just Click The Follow Button.

Wednesday 22 February 2012

Motorola RAZR Skrin 720p + Kamera 13.0MP

Baru-baru ini, Motorola telah mengumumkan smartphone flagship ke-2 dalam siri RAZR iaitu MOTO RAZR MT917. Model ultra nipis yang mempunyai ketebalan hanya 8.5mm ini dilengkapi dengan skrin yang bersaiz 4.5 inci dengan resolusi 1280x720 piksel, kerangkanya pula diperbuat daripada bahan gentian KEVLAR yang digunakan dalam baju kalis peluru.

RAZR MT917 ini menggunakan sistem operasi Android 2.3, terbina dengan RAM 1GB dan prosesor dual-core TI OMAP 4430 1.2GHz. RAZR MT917 ini juga turut mempunyai fungsi penggambaran yang sangat cemerlang iaitu kamera beresolusi 13.0MP yang turut juga menyokong perakaman video HD penuh 1080p.


RAZR MT917 ini juga menyediakan mod panorama yang telah disempurnakan, manakala mod makro akan menangkap pelbagai gambar untuk dipilih. Skrinnya pula menyokong sebanyak 4 titik sentuhan dan diperbuat daripada Kaca Corning Gorilla yang tahan goresan. Ini bermakna skrin RAZR MT917 dapat mengelakkan daripada tercalar akibat sebarang goresan.

Tuesday 21 February 2012

HTC skrin raksasa 4.5 inci + Dual-core 1.5GHz.

Untuk meningkatkan kepuasan penggunaan smartphone, HTC telah mengeluarkan sebuah smartphone yang baru bernama HTC Velocity 4G. Velocity ini direka khas untuk hiburan multimedia dan komunikasi. Ia mempunyai skrin qHD 4.5 inci dan fungsi bunyi keliling stereo SRS, malah terbina dengan prosesor dual-core 1.5GHz. Pengguna boleh download dan menonton video online dengan rangkaian 4G yang berkelajuan tinggi.

Ketebalan Velocity 4G ni pula adalah 11.27mm yang selesa digenggam dan senang dibawa bersama. Velocity 4G ini juga terbina dengan kamera beresolusi 8.0MP dan kamera depan 1.3MP juga turut dapat merakam video  1080p HD. Ia juga terdapat mod AF, lampu flash LED, dan back-illuminated sensor yang dapat menghasilkan gambar yang jelas walaupun berada di kawasan yang gelap.

Velocity 4G ini menggunakan sistem operasi Android 2.3.7, dilengkapi dengan prosesor dual-core Qualcomm MSM8260 dan 1GB RAM / 16GB ROM. Bateri yang digunakan pula berkapasiti sebesar 1620mAh yang dapat membekalkan masa penggunaan yang panjang.

Monday 20 February 2012

Senarai Calon Phone & App. Terbaik diumumkan

Persidangan MWC (Mobile World Congress) anjuran GSMA selalu diberi tumpuan di seluruh dunia. Persidangan MWC 2012 akan jatuh pada 27 Februari 2012. Setiap tahun GSMA Global Mobile Awards akan memilih handphone terbaik tahunan, apps terbaik tahunan dan sebagainya. Boleh dikatakan seperti Anugerah Oscar untuk handphone.

MWC adalah persidangan tahunan untuk industri komunikasi yang dianjurkan oleh persatuan GSMA di Barcelona, Sepanyol. Salah satu bahagian paling penting adalah Global Mobile Awards yang menyampaikan anugerah seperti Smartphone terbaik, Tablet terbaik, Apps terbaik dan macam-macam lagi. Senarai calon untuk tahun ini pula telah pun diumumkan. Ini adalah senarai yang telah diumumkan.

Calon Smartphone Terbaik :
1) iPhone 4S (Apple)
2) Desire S (HTC)
3) Lumia 800 (Nokia)
4) Galaxy Nexus (Samsung)
5) Galaxy S II (Samsung)

Calon Handphone Entri Terbaik :
1) Emporia Life Plus (Emporia)
2) C2-03 (Nokia)
3) C3-00 (Nokia)
4) C3-01 (Nokia)
5) S3350 (Samsung)

Calon Tablet Terbaik :
1) A500 / A501 (Acer)
2) Kindle Fire (Amazon)
3) iPad 2 (Apple)
4) Eee Pad transformer (ASUS)
5) Galaxy Tab 10.1 (Samsung)

Calon App Jenis Konsumer Terbaik :
1) Facebook Messenger (Facebook)
2) Talking Tom Cat 2 (Outfit 7)
3) Angry Birds Rio (Rovio Mobile)
4) Blast Monkeys (Yobonja)
5) Hanging With Firends (Zynga)

Calon App Keseluruhan Terbaik :
1) Evernote (Evernote)
2) Flipboard (Flipboard)
3) Google Maps (Google)
4) Linkedln (Linkedln)
5) Whatsapp (Whatsapp)


Inilah antara senarai yang dicalonkan oleh MWC. Kepada korang yang nak beli smartphone atau tablet tu korang kaji la senarai smartphone dan tablet yang dah dicalonkan tu. Fikir betul-betul sebelum beli.

Sunday 19 February 2012

Handphone Terbaik dari Nokia?

Di pameran CES 2012 baru-baru ini, Nokia telah memperkenalkan Lumia 900. Lumia 900 ni seolah-olah Lumia 800 yang dibesarkan, skrinnya seluas 4.3 inci dan menyokong rangkaian LTE dari AT&T. Lumia 900 ini dilengkapi dengan skrin Clearblack AMOLED 4.3 inci yang memberi kesan paparan yang cerah meskipun di bawah cahaya matahari.

Lumia 900 juga dilengkapi dengan kamera Carl Zeiss dengan resolusi 8.0 megapixel dan dua lampu flash LED, malah ditambah kamera depan yang tidak terdapat pada Lumia 800. Spesifikasi hardware termasuk prosesor Qualcomm teras tunggal 1.4GHz dn 512 RAM. Bateri yang digunakan pula mempunyai kapasiti yang lebih tinggi iaitu 1830mAh berbanding Lumia 800 yang cuma menggunakan bateri berkapasiti 1450mAh.

Sistem operasi yang digunakan pada Lumia 900 ini adalah Windows Phone 7.5 dan mempunyai bacaan fail jenis PDF, word, excel, OneNote, juga PowerPoint. Ketebalan Lumia 900 juga telah dikurangkan kepada 11.5 mm sahaja. Harga untuk Lumia 900 ini masih belum diumumkan namun harganya dipercayai tidak kurang daripada harga Lumia 800.

Pada pameran CES 2012 juga, undian CNET telah memilih Lumia 900 ini sebagai smartphone yang terbaik dan berita ini sudah tentu menjadi berita dukacita kepada pembuat handphone sistem Android. Pujian yang tinggi terhadap rekabentuk dan fungsi Lumia 900 seolah-olah menunjukkan yang Nokia akan mengambil alih semula pasaran. Ini juga menandakan yang Nokia akan "bangkit semula".

Saturday 18 February 2012

Teknologi Skrin Baru iPhone 5 bulan Jun 2012.

Syarikat pelaburan Morgan Stanley berkata, iPad 3 pasti akan dikeluaran pada musim pertama 2012 manakala iPhone 5 yang nipis akan dikemukakan pada bulan Jun 2012 dan dijangka memulakan penjualan pada musim ketiga 2012. iPhone 5 akan menjadi lebih nipis kerana menggunakan teknologi skrin sentuh yang baru dan pihak Apple juga memikirkan bahan buatan baru untuk kerangka iPhone 5.

Kemungkinan besar juga iPhone 5 akan dilengkapi cip 'Quad Mode' dari Qualcomm dan boleh digunakan untuk semua rangkaian 3G dan LTE. Penganalisis Gene Munster juga berkata, ramai pengguna iPhone sekarang sedang menunggu model yang baru. iPhone 5 akan menjadi lebih menarik jika rekabentuknya berbeza dari model sekarang.

Wednesday 15 February 2012

Tips dan Shortcut Key untuk Blackberry.

Entry aku kali ni aku nak kongsikan dengan korang semua terutama pengguna BLACKBERRY tentang 'SHORTCUT KEYS' pada BB korang tu tapi yang ni hanyalah shortcut key yang simple sahaja. Kalau ada kurang atau musykil korang komen la dekat entry ni.

--> MESSAGE TIPS (navigators)
1) 'enter' atau 'spacebar' - scroll down a page/screen at a time.
2) ALT-enter - scroll back a page/screen at a time.
3) b : scroll to bottom of page or list.
4) t : scroll to top of page.
5) u : jump to closest unread message in a list.
6) p : jump to previous message.

-->Reply-to or Forward
1) R - reply to this message
2) L - reply to all
3) F - forward this message

--> Calendar Tips
( Dari calendar screen, korang klik Menu Key & pilih option. Lepas tu, korang ambil 'General Option' dan tukar "Enable Quick Entry" kepada "NO".)
1) Press T to go to 'Today' in calendar screen.
2) Press N to go next (day, week, or month).
3) Press P to go previous (day, week, or month).
4) Click trackball to create new entry.
5) Press A to go to Agenda view.
6) Press M to go to Monthly view.
7) Press W to go to Weekly view.
8) Press D to go to Daily view.

--> Tukar Graf Bateri kepada bentuk Nombor.
( Korang boleh tukar kekuatan signal line korang dari bentuk bar kepada bentuk nombor.)
1) Masa dekat Homescreen, korang 'hold' ALT key dalam masa sama korang taip NMLL. Bar signal korang akan berubah jadi bentuk nombor.
2) Nombor yang menunjukkan signal tersebut baik adalah -90dbm hingga -50dbm. Kalau nak tukar bentuk bar semula korang buat balik seperti cara sama iaitu 'hold' ALT key sambil taip NMLL.

--> Help Me Screen
1) Masa dekat Homescreen, 'hold' ALT key dengan Left Shift Key dalam masa yang sama. Masa korang tengah 'hold' dua button tu korang tekan huruf 'H'.
2) Ini akan buatkan korang terus ke Help Me Screen yang menyenaraikan info handset, version software, nombor pin, IMEI number, signal strength, file free, dan juga total file.

--> Event Log
1) Dekat Homescreen, korang 'hold' ALT key sambil korang taip LGLG.
2) Ini akan membuatkan korang terus ke Event Log dimana korang boleh clear event untuk mengurangkan penggunaan memori.

--> Reboot Phone
1) Masa dekat Homescreen, 'hold' ALT key dengan Left Shift Key dalam masa yang sama. Masa korang tengah 'hold' dua button tu korang tekan DEL key.
2) Phone korang akan Reboot tanpa membuang apa-apa Storage korang.

Ini sahaja yang dapat aku kongsi buat masa ni. Harap korang dapat mempelajarinya dengan shortcut keys yang telah aku berikan.

Hp Kalis Air & Kalis Debu bersaiz mini.

Entry aku kali ni aku nak memberitahu kepada korang yang Motorola akan mengeluarkan phone jenis DEFY tapi yang bersaiz mini. Phone ni telah didatangkan dengan nama model Motorola DEFY Mini XT320. DEFY mini adalah edisi ringkas untuk DEFY yang first, speks keseluruhan pada DEFY mini ini telah diturunkan sedikit.

Phone ni mempunyai skrin 320x480 3.2 inci, prosesor 600MHz, 512MB RAM, 512MB ROM dan beroperasi dalam sistem Android version 2.3.6. Bagaimanapun, DEFY Mini ni masih still kekalkan keunggulan siri DEFY iaitu fungsi kalis air dan kalis debu IP67, kaca kuat jenis Gorilla yang tahan goresan, dan membekalkan perlindungan tambahan untuk penggunaan harian.

Fungsi lain phone ni adalah dilengkapi dengan kamera 3.0 megapixel dengan lampu flash LED, fungsi WIFI, HSPA, GPS, bluetooth, port earphone 3.5mm, dan menyokong kad memori sehingga 32GB. Harga yang ditawarkan untuk phone ni adalah lebih kurang RM 729. Ni la rupa Motorola DEFY Mini tersebut.

Tuesday 14 February 2012

Handphone Blackberry ternipis?

Blackberry telah mengeluarkan satu phone model Curve yang terbaru iaitu Blackberry 9360.Korang nak tau tak yang phone ni adalah model Blackberry yang paling laku buat masa ni.Ini adalah kerana phone ini mempunyai ciri yang istimewa iaitu model yang ternipis dikeluarkan oleh Blackberry yang hanya setebal 11mm sahaja.

Kalau korang nak dapatkan model ni yang waranti under Brightstar korang boleh dapatkan dengan harga lebih kurang RM 1000 sahaja.Harga ni bagi aku agak berpatutan la.Badan phone ni yang nipis dan keyboard QWERTY yang memudahkan amat sesuai untuk korang yang sentiasa  menggunakan facebook dan twitter.



9360 juga turut terbina dengan BBM(Blackberry Mesengger) terbaru yang menyokong aplikasi BBM Connected yang turut digunakan pada Blackberry Playbook.Berat phone ni pula hanya 99g malah terdapat dalam warna putih juga yang amat sesuai kepada pengguna perempuan.Ia juga dilengkapi dengan kamera 5.0 megapixel dan turut menyokong fungsi Komunikasi Jarak Jauh NFC yang sangat berpotensi.

Monday 13 February 2012

HTC Titan II??

Untuk entry aku kali ni aku akan ceritakan pasal handphone yang akan dikeluarkan oleh HTC iaitu HTC Titan II.Kepada korang yang kaki HTC tu ni memang entry untuk korang.Untuk pengetahuan korang handphone ni tak dipasarkan lagi di Malaysia tapi telah dipertontonkan dalam Pameran CES 2012 baru-baru ni.

Untuk pengetahuan korang, handphone ni dilengkapi dengan sistem operasi Windows Phone 7.5.Ia juga turut dilengkapi dengan skrin sentuh bersaiz 4.7 inci 16 juta warna S-LCD dan juga prosesor nya boleh mencapai sehingga 1.5 GHz.Selain itu, ia juga turut dilengkapi dengan HTC Watch supaya pengguna dapat menikmati rancangan televisyen yang terbaru, malah pengguna juga dapat menikmati permainan XBOX LIVE.

Kamera untuk phone ni pula telah mencapai setinggi 16.0 MP dilengkapi dengan flash dan juga auto fokus.Kamera depan pula adalah beresolusi 1.3 MP dan sudah tentu dapat memberikan gambar yang terbaik ketika korang membuat panggilan video.Jadi kepada korang yang kaki bergambar tu phone ni adalah pilihan terbaik untuk korang kerana kamera phone ni mempunyai fungsi seperti pengesan mata merah, mempunyai lensa sudut lebar, anti getaran dan macam-macam fungsi lain lagi.

Inilah gambar handphone HTC TITAN II yang aku ceritakan kat korang.So korang fikirkan lah phone mana yang akan menjadi pilihan korang terutamanya kepada penggemar HTC.







'SIRI' in iPhone 4s.

Kali ini  aku ingin menceritakan mengenai 'siri' iaitu salah satu application yang dimuatkan dalam handphone yang dikategorikan antara yang terbaik pada masa kini iaitu iPhone 4s yang dikeluarkan oleh syarikat Apple.

Pasti ramai yang sudah mengetahui bahawa syarikat Apple telah merasmikan salah satu handphone yang latest iaitu iPhone 4s.Desas desus ada menyatakan bahawa nama iPhone 4s ni telah diambil sempena pemergian Steve.Oleh itu, iPhone 4s ni telah dijadikan dengan nama tersebut untuk memberi maksud 'iPhone For Steve'.

Di sini aku nak berkongsi sikit bagaimana hebatnya application 'siri' yang terbaru ini.Aku pun menjadi kagum apabila kali pertama menyaksikan bagaimana application ini berfungsi.So korang semua tunggu apa lagi.Cubalah untuk mendapatkan handphone keluaran Apple yang terbaru ni.Hope you all enjoy it.Korang nak tengok klik la link yang aku dah share ni.

http://m.youtube.com/index?desktop_uri=%2F&gl=US#/watch?v=8BLzMCiR0G4

Sunday 12 February 2012

Kini akan kembali.

Setelah lama aku tak update apa-apa kat blog ni tapi mulai sekarang aku berharap agar pengikut-pengikut aku tidak akan kecewa lagi kerana mulai hari ini INSYAALLAH aku akan mengupdate balik blog ini seperti dahulu.Akan tetapi aku tak akan update blog ini buat masa sekarang.

Maybe dalam masa terdekat ni aku akan cuba beri korang semua informasi kembali mengenai dunia handphone dan gadget yang semakin berkembang pesat sekarang.Aku harap korang semua dapat bersabar menantikan nya.(^_^)