link warna

on9 people

Welcome To The Phone World. Just Click The Follow Button.

Monday 23 May 2011

Symbian Anna By Nokia

Post kali ni aku nak cerita kat korang pasal 'operating system' terbaru NOKIA iaitu 'Symbian Anna' tapi sebelum tu aku nak korang tau la yang NOKIA akan keluarkan handset terbaru iaitu Nokia E6 dan Nokia X7. Mesti ada antara korang yang tak tau lagi macam mana rupa handset ni kan? Takpe-takpe, aku akan tunjuk kat korang la bagaimana rupa handset ni.















Ha macam ni la rupa handset tu. Yang sebelah kiri tu Nokia E6 dan yang sebelah kanan tu pula Nokia X7. Untuk pengetahuan korang dua-dua handset ni pakai sistem operasi yang baru tu iaitu Symbian Anna seperti yang aku cakapkan tadi. Korang mesti nak tau ape kelebihan sistem operasi yang baru ni kan? Di sini aku nak kongsi la sikit-sikit apa yang aku tahu tentang sistem operasi yang baru ni.

1) BROWSER (v7.3)
    Antaramuka keseluruhan browser telah berubah, termasuk dengan butang 'back' dalam palang alamat. Tindak balas butang 'tools' pula menjadi lebih cepat dan keyboard QWERTY virtual hanya meliputi separuh skrin sahaja.

2) OVI MAPS (v3.06)
    Dengan OVI Maps version baru ni, korang boleh berkongsi kedudukan geografi melalui Facebook atau Twitter. Korang juga boleh menyemak perjalanan kenderaan awam, download dan kemaskini peta tempatan melalui Wi-Fi sahaja.

3) ENHANCED SOCIAL (v1.3)
    Dengan 'enhanced social' version ini pula, korang boleh upload gambar dengan resolusi yang lebih tinggi dan jumlah caption boleh ditambahkan pada gambar.

4) OVI SUITE (v3.x)
    Dengan OVI Suite yang terbaru, korang boleh download OVI Maps dengan percuma dan mencari OVI Music serta program aplikasi handset yang baru.

2 comments: