link warna

on9 people

Welcome To The Phone World. Just Click The Follow Button.

Sunday 29 May 2011

Pelancaran Samsung i9001 Galaxy S Plus

Korang nak tahu tak, baru-baru ini Samsung telah melancarkan lagi ahli baru siri Galaxy iaitu "i9001 Galaxy S Plus". Handset ini juga adalah salah satu handset yang memakai operating system jenis Android iaitu Android v2.3. Android versi ini merupakan sistem Android terbaru yang dilancarkan oleh syarikat GOOGLE.



Samsung i9001 Galaxy S Plus

Selain itu, handset ini juga turut dilengkapi dengan skrin sentuh kapasitif Super AMOLED bersaiz 4 inci. Frekuensi prosesornya mencapai 1.4GHz manakala memori dalamnya pula setinggi 8 gigabyte dan dilengkapi dengan bateri 1650mAh.

Galaxy S Plus ini juga turut dipasang dengan TouchWiz 3.0, menyokong kemaskini program secara automatik, pemasangan program pada kad memori, dan juga program surat khabar elektronik Press Reader. Fungsi yang lain pula adalah ianya dilengkapi dengan GPS, rangkaian WCDMA/HSDPA, WLAN, teknologi mD-NIe (mobile Digital Natural Image Engine), kamera depan 0.3 megapixel, pengesan cahaya, kompas elektronik dan berbagai-bagai lagi fungsi lain.

Handset ini juga telah di 'upgrade' daripada Galaxy S dengan beberapa perubahan. Perubahan yang paling nyata ialah sistem operasi yang digunakan iaitu Android v2.3 dan juga muka belakang ditutupi dengan kerangka logam. Ianya lebih kuat dan cantik berbanding kerangka plastik pada Galaxy S. Oleh itu, apa yang korang tunggu lagi. Usaha-usaha la untuk dapatkan handset siri Galaxy terbaru ni.

2 comments:

  1. bace sini

    http://siniijabising.blogspot.com/2011/07/review-rakan-blogger.html

    ReplyDelete
  2. Interesting post. thank you very much. :)

    ReplyDelete