link warna

on9 people

Welcome To The Phone World. Just Click The Follow Button.

Sunday 29 May 2011

Pelancaran Samsung i9001 Galaxy S Plus

Korang nak tahu tak, baru-baru ini Samsung telah melancarkan lagi ahli baru siri Galaxy iaitu "i9001 Galaxy S Plus". Handset ini juga adalah salah satu handset yang memakai operating system jenis Android iaitu Android v2.3. Android versi ini merupakan sistem Android terbaru yang dilancarkan oleh syarikat GOOGLE.



Samsung i9001 Galaxy S Plus

Selain itu, handset ini juga turut dilengkapi dengan skrin sentuh kapasitif Super AMOLED bersaiz 4 inci. Frekuensi prosesornya mencapai 1.4GHz manakala memori dalamnya pula setinggi 8 gigabyte dan dilengkapi dengan bateri 1650mAh.

Galaxy S Plus ini juga turut dipasang dengan TouchWiz 3.0, menyokong kemaskini program secara automatik, pemasangan program pada kad memori, dan juga program surat khabar elektronik Press Reader. Fungsi yang lain pula adalah ianya dilengkapi dengan GPS, rangkaian WCDMA/HSDPA, WLAN, teknologi mD-NIe (mobile Digital Natural Image Engine), kamera depan 0.3 megapixel, pengesan cahaya, kompas elektronik dan berbagai-bagai lagi fungsi lain.

Handset ini juga telah di 'upgrade' daripada Galaxy S dengan beberapa perubahan. Perubahan yang paling nyata ialah sistem operasi yang digunakan iaitu Android v2.3 dan juga muka belakang ditutupi dengan kerangka logam. Ianya lebih kuat dan cantik berbanding kerangka plastik pada Galaxy S. Oleh itu, apa yang korang tunggu lagi. Usaha-usaha la untuk dapatkan handset siri Galaxy terbaru ni.

Thursday 26 May 2011

Android 3.1 Mungkin Dilancarkan Dengan Kod 'Ice Cream'

Korang semua tau tak yang bahawasanya sebelum ini kod nama sistem Android selalu menggunakan nama manisan, huruf pertama setiap edisi disusun mengikut turutan abjad Latin tetapi baru-baru ni seorang pekerja Google secara tidak sengaja telah mengesahkan kod nama untuk sistem Android yang terbaru iaitu "Ice Cream Sandwich".

Bermula daripada pelancaran sistem Android, setakat ini kod nama untuk sistem-sistem Android adalah seperti berikut :-

1) v1.5 Cupcake
2) v1.6 Donut
3) v2.0 & v2.1 Eclair
4) v2.2 Froyo
5) v2.3 Gingerbread
6) v2.4 HoneyComb
7) v3.1 Ice Cream Sandwich

Kalau korang perasan setiap kod nama (yang berwarna biru) disusun mengikut huruf dari huruf 'C' sampai la yang terbaru iaitu huruf 'I'. Kemungkinan besar Android v3.1 Ice Cream Sandwich akan muncul pada handset tidak lama lagi. Kepada yang kaki handset Android tu harap bersabar la ye.

Monday 23 May 2011

Symbian Anna By Nokia

Post kali ni aku nak cerita kat korang pasal 'operating system' terbaru NOKIA iaitu 'Symbian Anna' tapi sebelum tu aku nak korang tau la yang NOKIA akan keluarkan handset terbaru iaitu Nokia E6 dan Nokia X7. Mesti ada antara korang yang tak tau lagi macam mana rupa handset ni kan? Takpe-takpe, aku akan tunjuk kat korang la bagaimana rupa handset ni.















Ha macam ni la rupa handset tu. Yang sebelah kiri tu Nokia E6 dan yang sebelah kanan tu pula Nokia X7. Untuk pengetahuan korang dua-dua handset ni pakai sistem operasi yang baru tu iaitu Symbian Anna seperti yang aku cakapkan tadi. Korang mesti nak tau ape kelebihan sistem operasi yang baru ni kan? Di sini aku nak kongsi la sikit-sikit apa yang aku tahu tentang sistem operasi yang baru ni.

1) BROWSER (v7.3)
    Antaramuka keseluruhan browser telah berubah, termasuk dengan butang 'back' dalam palang alamat. Tindak balas butang 'tools' pula menjadi lebih cepat dan keyboard QWERTY virtual hanya meliputi separuh skrin sahaja.

2) OVI MAPS (v3.06)
    Dengan OVI Maps version baru ni, korang boleh berkongsi kedudukan geografi melalui Facebook atau Twitter. Korang juga boleh menyemak perjalanan kenderaan awam, download dan kemaskini peta tempatan melalui Wi-Fi sahaja.

3) ENHANCED SOCIAL (v1.3)
    Dengan 'enhanced social' version ini pula, korang boleh upload gambar dengan resolusi yang lebih tinggi dan jumlah caption boleh ditambahkan pada gambar.

4) OVI SUITE (v3.x)
    Dengan OVI Suite yang terbaru, korang boleh download OVI Maps dengan percuma dan mencari OVI Music serta program aplikasi handset yang baru.

Friday 20 May 2011

Konsep Penjagaan Bateri Yang Betul.

Kebanyakan antara korang pasti tidak tahu penjagaan bateri yang betul kan? Kemungkinan sesetengah antara korang yang sedang membaca ni pasti pernah dengar tentang penjagaan bateri yang baik tetapi maklumat yang diperoleh tidak semestinya tepat la. Misalnya ada orang yang kata "Bateri jenis apa pun perlu discas sepenuhnya dan cas semula sepenuhnya sekurang-kurang sekali sebulan." Adakah ini benar? Apakah cara penjagaan bateri yang tepat?

Cara untuk penjagaan bateri yang betul sebenarnya adalah seperti ini. Korang perlu elakkan daripada penggunaan bateri sampai habis dan cas semula sehingga penuh, kerana ia akan bateri rosak dengan cepat. Dengan kata lain, adalah lebih baik jika kita mencaskan bateri selepas penggunaan 10%. Jangan gunakan bateri sampai habis dalam apa jua keadaaan pun. Jika berada di luar dan terpaksa menggunakan handset dengan masa yang panjang, pakailah bateri dengan kapasiti yang lebih tinggi, atau menggunakan sumber tenaga mudah alih. Anggapan "gunakan bateri sampai habis dan cas semula sampai penuh untuk memanjangkan hayat bateri" telah terbukti salah sama sekali.


Selain itu, suhu sekeliling juga mempengaruhi hayat bateri. Bateri yang disimpan di tempat panas lebih mudah rosak berbanding yang disimpan di tempat yang dingin, tapi jangan terlalu sejuk juga. Korang pastikan la pulak bateri disimpan di tempat yang dingin, tetapi jangan la pulak disimpan di dalam peti sejuk. Jika bateri lama tidak digunakan dan ingin disimpan, korang boleh la ikut cadangan Apple, iaitu discaj sekali setiap bulan untuk kekalkan hayat bateri. Itu je la yang aku boleh terangkan buat masa ni ok.

Thursday 12 May 2011

Cara Mudah Tengok Nombor Siri Handset....

Pada kali ini, aku cuba untuk nak berkongsi dengan para-para pembaca tentang informasi terbaru yang aku dapat. Aku rasa informasi aku ni boleh la nak tolong korang sikit-sikit kot tapi kalau korang rasa tak terbantu korang boleh buat tak tau je la. Haha..

Aku nak berkongsi ngan korang semua tentang cara-cara nak tengok nombor siri handset ataupun digelarkan sebagai "imei number". Dengan cara ini aku rasa korang tak payah la nak susah-susah bukak handset tu sampai kena bukak bateri semata-mata untuk korang nak tengok nombor siri je. Cara-cara untuk korang tau korang nye nombor siri handset adalah seperti di bawah ini:-

*#06#

Tapi peringatan kat korang semua yang bahawaasanya cara ini hanya boleh digunakan pada sesetengah handset sahaja terutamanya handset yang berjenama 'NOKIA'. Pada korang yang tak kenal apa itu nombor siri, aku boleh tunjuk kat korang la macam mana rupa nombor siri tu. Rupa dia lebih kurang macam ni jugak la.





Ok la korang semua. Aku rasa cukup la setakat ni dulu. Nanti kalau ada apa-apa perkembangan lagi aku akan buat entri baru.

Wednesday 4 May 2011

Harga Handset Terkini & Terbaru

Hello to all of you. Hari ni aku nak nyatakan kat sini tentang harga 'phone' yang terbaru dan harga yang terkini. Peringatan untuk korang semua, harga yang dinyatakan ini bukan harga sebenar 'phone' sebab harga yang dinyatakan adalah harga bajet untuk korang bajet duit membeli 'handset' yang korang berkenan. Oleh itu, korang saksikanlah...

BlackBerry Bold 9780 => RM 1799
BlackBerry Curve 3G 9300 => RM 1299
Blackberry Torch 9800 => RM 2299






HTC 7 Mozart => RM 1999
HTC Aria => RM 1599
HTC Desire => RM 1799
HTC Desire HD => RM 2299
HTC Desire S => RM 1799
HTC Desire Z => RM 2199
HTC HD7 => RM 2199
HTC HD Mini => RM 1650
HTC Hero => RM 1600
HTC Incredible S => RM 1999
HTC Legend => RM 1700
HTC Smart => RM 599
HTC Touch 2 => RM 1199
HTC Touch Pro 2 => RM 1699
HTC Wildfire => RM 1199



Motorola Backflip => RM 1599
Motorola Charm => RM 1399
Motorola Defy => RM 1599
Motorola Flipout => RM 1299
Motorola Milestone => RM 1799
Motorola Milestone XT720 => RM 1699





Nokia 5130 XpressMusic => RM 390
Nokia 5230 => RM 599
Nokia 5250 => RM 499
Nokia 5530 XpressMusic => RM 699
Nokia 5730 XpressMusic => RM 1080
Nokia 5800 XpressMusic => RM 850
Nokia 6600i Slide => RM 880
Nokia 6700 Slide => RM 790
Nokia 6710 Navigator => RM 999
Nokia 6760 Slide => RM 800
Nokia C1-00 => RM 145
Nokia C2-01 => RM 295
Nokia C3-00 => RM 400
Nokia C3 Touch and Type => RM 680
Nokia C5-00 => RM 599
Nokia C5-03 => RM 750
Nokia C6-00 => RM 899
Nokia C6-01 => RM 1100
Nokia C7-00 => RM 1300
Nokia E5-00 => RM 780
Nokia E52 => RM 900
Nokia E63 => RM 680
Nokia E7-00 => RM 1995
Nokia E72 => RM 1099
Nokia E75 => RM 1200
Nokia N8-00 => RM 1690
Nokia N86 (8MP) => RM 1300
Nokia N97 => RM 1480
Nokia N97 mini => RM 1250
Nokia N900 => RM 2100
Nokia X2-01 => RM 399
Nokia X3 => RM 480
Nokia X3 Touch and Type => RM 630
Nokia X5-01 => RM 680
Nokia X6 (8GB) => RM 950
Nokia X6 (16GB) => RM 1299
Nokia X6 (32GB) => RM 1650



Sony Ericsson Aino => RM 899
Sony Ericsson Aspen => RM 899
Sony Ericsson Cedar => RM 399
Sony Ericsson C510 => RM 600
Sony Ericsson C901 => RM 620
Sony Ericsson C903 => RM 699
Sony Ericsson C905 => RM 958
Sony Ericsson Naite => RM 420
Sony Ericsson S312 => RM 350
Sony Ericsson Satio => RM 1499
Sony Ericsson Spiro => RM 350
Sony Ericsson T707 => RM 550
Sony Ericsson T715 => RM 550
Sony Ericsson Vivaz => RM 899
Sony Ericsson Vivaz Pro => RM 999
Sony Ericsson W205 => RM 330
Sony Ericsson W508 => RM 600
Sony Ericsson W995 => RM 1080
Sony Ericsson XPERIA Arc => RM 2099
Sony Ericsson XPERIA X2 => RM 1500
Sony Ericsson XPERIA X8 => RM 850
Sony Ericsson XPERIA X10 => RM 1599
Sony Ericsson XPERIA X10 mini => RM 799
Sony Ericsson XPERIA X10 mini pro => RM 899
Sony Ericsson Yari => RM 799
Sony Ericsson Yendo => RM 550
Sony Ericsson Zylo => RM 499

Korang usha-usha la ok?

Friday 29 April 2011

Pesaing Utama Nokia N-Gage...

Baru-baru ni aku ada terbaca di satu halaman majalah bahawasanya kini telah muncul satu 'smartphone' yang telah menjadi pesaing utama untuk phone yang dulu kalanya popular dengan dunia 'game' iaitu "NOKIA N-GAGE". 'Smartphone' yang aku katakan itu dikeluarkan oleh company yang menjadi pesaing utama Nokia iaitu Sony Ericsson.

Syarikat Sony Ericsson ini telah mengeluarkan 'smartphone' yang diberi nama "SE XPERIA Play" tapi malangnya 'smartphone' ini tidak dipasarkan di Malaysia. Aku pun hairan kenapa ianya tidak dapat dipasarkan di Malaysia. Apakan daya kita hanya dapat tengok gambar je la. Ni la gambar yang aku dapat sediakan kat korang..Saksikanlah...















Macam mana? Kepada yang kaki 'gamers' mesti korang meleleh air liur kan? Betul tak aku cakap kan? Kalau rasa nak beli jugak korang kena pegi Singapore la sebab kat sana aku berani konfem memang ada jual nye lah dan kat Singapore je la yang dekat dengan Malaysia ni. Jadi korang fikir-fikirkan la ok?

Kepada Pengguna Nokia Sahaja...

Tajuk entri yang aku tulis ni khas aku tujukan kepada pengguna-penguna NOKIA tapi kalau ada antara korang yang baca ni nak tambah pengetahuan ke takde masalah jugak la. Betul tak apa yang aku cakap ni kan?

Korang semua mesti nak tau bila handset yang korang pakai tu dikeluarkan betul tak? Lepas tu mesti ada jugak yang nak tau bahawasanya handset yang korang pakai tu versi ke-berapa kan? Caranya amat-amat la mudah. Ape? Nak tau? Aku memang nak bagitau pun la kalau korang tak nak tau. haha...

Caranya adalah korang pergi dekat 'homescreen' korang. Lepas tu, bila korang tiba je kat situ korang hanya perlu tekan beberapa butang kekunci je. Butang kekuncinya adalah seperti berikut:-

*#0000#

Itu je? Yela. Macam tu je la caranya. Korang tak caya? Kalau tak percaya sangat korang cuba la buat tapi peringatan nya adalah cara ni hanya boleh digunakan pada handset NOKIA sahaja ok.

Aku rasa cukup la setakat ni je ok? Kalau ada perkembangan lagi aku akan tulis entri baru. Sekian....

TIDAK DITAJA OLEH:

Sunday 17 April 2011

Mudahnya format phone Nokia..

Sekarang ni aku nak berkongsi dengan korang semua sikit cara untuk menjimatkan duit tanpa mengeluarkan sebarang duit. aik? aku pun dah pening dah dengan ayat aku tu. Argh.. biarkan aje la.

Kat sini aku nak ajar korang cara nak 'format' phone nokia dan lepas nie tak payah la korang susahkan diri hantar phone korang kat kedai ok. Cara dia senang saja kerana anda cuma perlu tekan :

*#7370#

Itu saja? Ya. memang itu saja yang korang kena buat kerana lepas tekan nombor tu, phone korang automatik akan format tapi peringatan untuk korang la ni ok. Sebelum korang format tu korang pastikan la software-software yang korang nak letak dalam phone tu ada pada korang. kalau tak memang korang guna apa yang ada dalam phone tu la contohnya 'video player' yang hanya mengandungi demo video je.

Jadi aku nak cakap kat korang supaya lepas ni tak payah la nak bazirkan duit hantar phone untuk format kat kedai. Orang kat kedai tu pun buat macam ni jugak pastu tau-tau masuk RM30 atau RM40 untuk sekali format. Baik la korang simpan duit tu buat sedekah dan amal jariah lagi bagus. haha.

Saturday 16 April 2011

Adakah Ini Akan Jadi Kenyataan..?

Korang mesti tertanya-tanya apa yang aku cuba maksudkan melalui aku punya tajuk entri ni kan? Aku sebenarnya nak 'share' cerita sikit la dengan korang semua yang aku ada terbaca dalam majalah yang aku selalu baca iaitu ERing.

Sebenarnya aku ada terbaca tentang ura-ura bahawasanya 'iPhone 5' nak keluar tak lama lagi tapi sekarang ni aku pun tengah pelik lagi sebab 'iPhone 4' pun tak turun-turun lagi harga tiba-tiba dah ada 'iPhone 5' pulak nak keluar dekat pasaran. Kat sini aku nak tunjuk la sikit-sikit tentang ciri-ciri yang akan ada pada 'iPhone 5' tu nanti. Korang tengok la puas-puas ok.

Yang ni boleh dikatakan bentuk yang akan keluar untuk 'iPhone 5' tu nanti.Aku pun tak jamin sangat la yang 100% macam ni cuma berdasarkan apa yang aku baca lebih kurang macam ni la bentuknya cuma yang di'upgrade'kan nanti ialah saiz skrin yang akan mencecah sehingga 4.0".







Ha yang gambar belah kanan ni pulak berkaitan dengan kamera phone ni.
Aku baca dalam majalah tersebut bahawasanya kamera phone ni di'upgrade' dari 5 megapixel kepada 8 megapixel dan aku amat pasti yang gambar yang dihasilkan akan lebih cantik dan lebih sempurna dari 'iPhone 4'.













iOS 5.0? "A5"? Apa tu? Aku boleh bagi jaminan ada di antara korang semua ni yang kurang tau tentang ni kan? Aku akan cuba la terangkan dengan cara yang paling mudah dan ringkas ok? iOS 5.0 tu adalah sistem operasi yang mungkin akan digunakan pada 'iPhone 5' ni. Oleh kerana 'iPhone 5' kemungkinan besar akan dipasarkan, jadi syarikat 'Apple' telah upgrade sistem operasi daripada iOS 4.2 yang digunakan dalam 'iPhone 4' kepada iOS 5.0 yang akan digunakan dalam 'iPhone 5' Yang "A5" tu pula adalah 'processor' yang kemungkinan besar akan digunakan di dalam 'iPhone 5'. Jika sebelum ini, 'processor' yang digunakan untuk 'iPhone 4' dan juga 'iPad' adalah "A4" maka untuk keluaran 'iPhone 5' ini syarikat 'Apple' telah upgrade 'processor' mereka kepada "A5" untuk meningkatkan prestasi phone keluaran mereka.

Jadi kepada korang semua yang kaki-kaki 'iPhone' ni apa tunggu lagi. Lekas-lekas la kumpul duit untuk keluaran 'iPhone 5' tak lama lagi ok? 

Tuesday 5 April 2011

Dinner or MLM..??

Diceriterakan satu kisah yang melibatkan antara aku dan rakan serumah aku iaitu Raghib dan juga Muhaimin. Pada tanggal 3 april 2011, kami mempunyai satu event yang dinantikan oleh setiap pelajar kos kami iaitu 'Candle Light Dinner' tapi korang semua jangan sangka la event tu segempak hotel nye dinner. Memang tak la kan...hahaha..

kitorang nye tema aku tak berapa nak ingat la tapi korang jangan la salah sangka yang aku ni nyanyuk pulak. Aku ni bukan tua pun lagi cuma tema dinner tu berbelit sangat sampai aku pun tak tercakap sebab tu la aku cakap ngan bahasa mudah yang aku tak ingat. Abis cerita. Tema kitorang tak silap aku ade la berkaitan dengan formal punya pakaian. jadi malam tu punya 'dress' kitorang pun dress la abis formal sampai aku tengok dah macam orang kerja pejabat pun ade. korang mesti seakan-akan merayu kat aku nak tengok gambar kitorang bertiga kan..??

Ape die.? Tak rasa nak tengok..? Korang jangan la nak tipu sebab bahawasanya tipu itu adalah satu benda yang amat berdosa korang tau. Oleh sebab aku tak nak la korang buat dosa-dosa kering ni jadi aku 'involve' kan la gambar kitorang..haha..Korang tengok la puas-puas asal tak bawak dalam mimpi korang lak dah la....


Ha macam mana.? Bergaya tak kitorang bertiga ni..?
 
Aku paham la perasaan korang sekarang ni. Mesti ade gak la yang nak request kat kitorang supaya nak hasil kan gambar seperti yang diatas kan.? Nak buat kena la ade caj. Tak mahal la. Cuma RM 10.00 untuk sekeping gambar. Biasa la..Dunia sekarang la katakan. Sedangkan nak masuk tandas cuci tangan pun kena bayar la woi. Hahaha...

Satu lagi benda penting aku nak kasi tau sama korang semua ni. Kitorang bertiga ni bukan la wakil mana-mana syarikat Multi Level Marketing(MLM) ok. Kitorang memang takde sebarang kaitan dengan Luxor, Hai-o, ataupun Zhulian sebab masa kat dinner, ramai yang tanya kitorang macam mana kitorang boleh berjaya dan hidup senang seperti yang dilihat. Hahahaha.......

Wednesday 23 March 2011

Rasakan Aura Harga Handphone Sebenar.

Zaman sekarang ni aku rasa manusia dah tak pelik dah kot pasal handfon ni kan? Maksud aku di sini handfon ni dah biasa dilihat dan aku rasa 90% daripada penduduk di bumi ni pakai handfon. Korang rasa-rasa betul tak aku cakap ni?

Sekarang ni aku tengok budak sekolah rendah pun dah pakai handfon. Aku dulu-dulu nak dapat handfon time sekolah? Huh...haram..memang aku tak kan dapat la dan silap-silap mak aku boleh bagi 'flying kick' lak kat aku kalau aku mintak. Haha..

Disebabkan orang zaman sekarang ni dah agak 'loaded' sehingga nak mencecah 'overloaded' dah, aku nak kongsikan la senarai enam handfon "TERMAHAL" dalam dunia ni.

NI YANG NO. 6 :
 Nokia 8800 Arte with pink diamonds (HARGA=$134,000)

YANG NI PULAK NO. 5 :
Peter Aloisson’s iPhone Princess Plus (HARGA=$176,400)

YANG NI TEMPAT KE-4 :
 Sony Ericsson Black Diamond (HARGA=$300,000)

TEMPAT KE-3 PULA :
 Vertu Signature Cobra (HARGA=$310,000)

NAIB JUARA :
 The Diamond Crypto Smartphone (HARGA=$1.3 m)


DAN JUARA IALAH :
 GoldVish ‘Le Million’ Piece Unique (HARGA=$1.4 m)


Korang rasa-rasa korang ada pakai tak salah satu di atas ni?
kalau ada jangan la heboh pulak takut nanti orang kata korang tu 'RIAK' pulak kan?

Pembuka Kata, Takde Selera.

Pada suatu petang yang indah tengah aku seronok seronok edit blog, blog aku terkena sumpahan.

Sumpahan dia bukan main lagi padu, sekali kena tamau suda! -_____- 
Gambar kat bawah ni adalah satu satunya peninggalan blog aku, yang sempat aku tangkap.





Ape kejadah nya yang berlaku aku pun tak tau. Bukan aku sentuh html pun hatta apatah lagi menekan mana mana button yang ada tulis 'Delete This Blog?'. 


Apakah ada orang mereport blog aku??
Adakah blog aku terlampau unik??
Mungkinkah blog aku ..???
Apakah? Apakah? Apakah???

Aku pun dah tak tau.Bukannya aku tulis entri pasal benda lucah pun. Aduyai.
Macam mana benda ni jadi dan mengapa terjadi memang aku tak boleh nak jawab. Bagi la soklan Calculus tahap mana pun, benda alah ni lagi susah. Haha 


Nak cerita kat korang nih, punya lah sedih, nak nangis pun ada. Bukan senang nak tengok aku ada blog. Ada pulak jadi macam nih. Haih. Clash ngan awek pun tak pressure macam ni. HAHA


Jadi, dengan blog baru ni, aku harap takde lagi la insiden macam ni berlaku lagi kat aku. Kalau jadi lagi, alamatnya


SELAMAT TINGGAL DUNIA BLOGGING

lah jawabnya. 
Nukilan : Penulis Jemputan.